1) Walaupun kelas yang jauh sering disumpah seranah oleh kebanyakan pelajar kerana kepenatan untuk travel, saya rasa bersyukur kelas saya terletak di hospital yang jauh-jauh di tahun akhir ini. Untuk cycle kali ini, kelas saya letaknya di metro Kuntsevskaya, naik bas dua kali, tukar metro dua kali, campur tolak lebih kurang 3 jam sehari habis cuma untuk bergerak. 3 jam ini sangat saya hargai kerana saya berpeluang membaca buku-buku bukan akademik yang kalau di bilik saya liat sikit nak sentuh sebab suka sangat habiskan masa depan laptop.
2) Oleh sebab lebih sikit membaca, maka banyak juga ilmu baru yang saya dapat yang saya sentiasa rasa nak kongsikan di blog ini bila saya terbaca mengenainya tapi bila sampai rumah terus saya lupa sebab hidup saya dah tukar kepada mode at-home. Mulalah saya sibuk nak fikir nak masak apa untuk dinner, check email, buat kerja sekolah dan lain-lain.
3) Saya terjumpa beberapa ungkapan menarik semasa melayari blog Ustaz Zaharuddin khusus buat antara kita yang sering dibayangi dengan maksiat masa jahiliyyah dan sering merasakan diri ini sangat hina dan kotor lebih-lebih lagi bagi mereka yang turut didedahkan dengan kesedaran tentang kewajipan shahadatul haq lalu terpanggil untuk menyahut seruannya.
Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari seorang ulama terkenal dalam bidang sufi dalam salah satu kata hikmahnya menyebut
a) Ertinya : “Satu maksiat yang menyebabkan kamu merasa kerdil, rendah diri, hina dan hancur hati ( kerana penyesalan dan taubat) lebih baik dari melakukan taat yang menjadikan kamu merasa agung, bangga dan hebat ( sehingga tahap ujub)”
b) Ertinya : Berkemungkinan ditaqdirkan bagimu melakukan satu dosa sebagai sebab musababab untukmu sampai kepada keredhaan Allah swt (dengan rasa rendah diri, hina dan akhirnya berubah menjadi soleh)
4) Seminggu dua ini lebih-lebih lagi 2-3 hari ini saya tak senang duduk. Hati sentiasa berdegup-degup teringatkan macam-macam benda yang berlegar di sekitar isu tertentu. Syukur ada sahabat-sahabat sehati sejiwa tempat untuk diluahkan. Kadang-kadang jalan-jalan penyelesaian untuk masalah-masalah jiwa tak tenang ni memang dah tau pun, but the words of reassurance from the people that you never doubt their sincerity is very calming and makes you feel a million times better. Lebih-lebih bersyukur sebab ada orang sudi tunjukkan jalan paling confirmed untuk atasi masalah ini. Terhutang budi sungguh dengan para ibadurrahman ini. Moga korang diberkati dan Allah tunjukkan jalan yang lurus selalu.
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram. -Ar-rad 13:28