Saya baru pulang dari aktiviti hujung minggu saya lalu terpandang status seorang rakan saya di YM yang berbunyi lebih kurang ” Dr Asri shud have stayed in England and continue perjuangan di England where people respect and appreciate him”. Barang kali kawan saya ni mengulas tentang fitnah terbaru yang Dr Asri hadapi.
Amboi, nak senang-lenang pegi spa treatment la bang, bukannye buat dakwah.
Ini merupakan perkara yang sangat sering kita lakukan, tak kiralah kita berada dalam kelompok tarbiyyah atau tidak. Kita sering mengulas tentang kerja orang ni salah, orang ni patut buat macam tu, macam nie dan sebagainya tanpa kita sedari dalam pada satu jari telunjuk menunjuk, empat jari lagi lagi menuding ke arah kita. Bercakap dan mengulas tentang kerja orang lain memang mudah. Macam mamat-mamat kaki lepak kedai mamak tengok bola EPL malam-malam. Semua pemain dalam TV tu bodoh-bodoh belaka, dia la yang paling pandai main bola.
Sama la situasinya macam sesetengah dari kita. Kita persoalkan kenapa BN dan UMNO tak islamik enough. Kenapa PAS bekerjasama dengan DAP. Kita persoalkan kenapa JAKIM biarkan maksiat berleluasa di Malaysia. Apa kejadahnya Akademi Fantasia nie siapa yang luluskan tayangannya? Astaghfirullah, selak Harian Metro dan perhatikan muda mudi rakan sebaya kita dihancurkan gejala kebejatan akhlak? Ish ish, mak bapak diorang tak reti jaga anak ke? Apa nak jadi dengan masa depan islam di Malaysia? Apa nak jadi dengan nasib muslim di Palestine dan negara-negara Islam yang lain? Sampai bila? Siapa yang nak selamatkan mereka? Lantas kita bertanya, oh di manakah Salahuddin Al Ayyubi pada generasi ku ini?
Mengapa tidak kita jawab AKU-lah Salahuddin Al Ayyubi itu.
Akulah rijal yang akan membela nasib bangsa Muslim, mengeluarkan bumi dari kezaliman dan penindasan, menyambung risalah perjuangan Rasulullah dan para sahabat menyeru manusia berhenti menyembah taghut dan mengabdikan diri di jalan yang lurus untuk menyembah Tuhan yang berhak. Akulah rijal yang mengambil dunia cukup-cukup setakat yang perlu untuk kepentingan akhirat yang kekal abadi. Akulah rijal yang celik jiwa dan cerdik hati untuk sentiasa memikirkan tentang kepentingan orang lain melebihi kepentingan diri. Rijal itu adalah aku, bukannya naqib aku, bukannya member aku yang dah pandai bawak usrah, bukannya budak alim blok sebelah yang dah hafaz juz ‘amma.
Jalan ini jalan yang berliku. Hina di pandangan manusia yang tidak mengerti. Tapi dengan jalan ini kita berjual beli dengan Allah. Kita jualkan masa tidur kita di pagi Ahad saat orang lain bangun pukul 12 tengahari. Kita jualkan keinginan hawa nafsu kita untuk berseronok-seronok di malam minggu bagi mencari ruang-ruang yang kita boleh bermajlis mengundang malaikat bagi membawa rahmat. Kita jualkan masa cuti kita yang sepatutnya kita berseronok-seronok untuk berprogram membaiki kelemahan diri. Kita jualkan naluri muda seorang remaja kita demi bermujahadah kerana Allah. Kita pekakkan telinga dan tebalkan muka bila orang mencari kesalahan kita dan menuduh kita hipokrit dalam proses kita mengislahkan diri. Semuanya kerana mengharapkan balasan hakiki, realiti dan berkekalan yang telah Allah janjikan.
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah keberuntungan yang besar. As-Saff 61:10-12
Ya Muqallibal Qulub, tsabbit qulubuna ala deenik.
“tanpa kita sedari dalam pada satu jari telunjuk menunjuk, empat jari lagi lagi menuding ke arah kita”- sangat betul,baru perasan
jazakallah.. artikel yg melonjak himmah..
semoga terus istiqamah dalam redha Allah
salam jauh dari bumi Eire.. blog hopping.. rajin2, meh jenguk2 my blog..
salam bro..
nice post la =D
aiza: jzkk
jhazkitaro: wassalam. moga diredhai Allah selalu.
din: wsalam. tenkiu2.
sama2 la kita dok saling ingat mengingati.
suke.