Kadang-kadang saya terserempak dengan cara berfikir yang dimiliki oleh sesetengah rakan sebaya saya yang sangat memperjuangkan kemajuan negara kita dari sudut acuan Melayu nasionalis. Mereka mengaku negara kita belum lagi mencapai potensi sebenar yang dimilikinya, malah jauh lagi disebabkan tangan-tangan jahat yang tidak memimpinnya dengan baik sehingga menyebabkan potensi itu disia-siakan. Orang-orang ini memimpin negara kita dengan jahil, tidak peka dengan kehendak rakyat, penuh korupsi, mementingkan perut sendiri dan kroni masing-masing, tamak, ego, zalim dan bermacam-macam lagi. Jadi demi kemajuan masa depan negara kita, orang-orang ini perlu disesarkan (displaced) oleh orang-orang yang lebih berkebolehan, berintegriti tinggi, faham aspirasi rakyat dan sebagainya. Walaupun secara amnya ini merupakan ciri-ciri kepimpinan baik yang bersifat universal yang diperlukan oleh mana-mana sahaja negara yang ingin maju, namun secara peribadi saya tidak bersetuju dengan ideologi bersifat kebangsaan begitu kalau ia mengenepikan nilai-nilai islam dalam proses pembentukan kepimpinannya.
Dalam konteks yang lebih spesifik iaitu Malaysia sebagai sebuah negara yang didominasi oleh orang Melayu yang beragama Islam, garisan halus antara pemisah perjuangan nasionalisme Melayu dan islam telah menjadi halus malah kadang-kadang disekalikan sahaja. Kalau ada pihak-pihak yang berusaha ke arah kemajuan bangsa atas dasar kecintaan kepada agama bermula dengan kecintaan terhadap tanah air, yang itu saya setuju. Orang Melayu itu sendiri perlu diperkasakan dengan nilai-nilai positif yang diajarkan oleh Islam demi memastikan survival agama ini bertahan malah dapat dikembangkan dengan baik di rantau ini. Namun apa yang saya sangat khuatirkan terdapat orang-orang yang memaksikan perjuangan melayu ini demi survival bangsa itu sahaja semata-mata tanpa mengambil islam langsung sebagai factor yang menentukan arah tuju perjuangan mereka, ataupun cukup dengan sekadar dengan mengelirukan orang ramai dengan fahaman sekularisme.
Adalah sangat senang untuk kita terperangkap dengan helah gula-gula penyedap mulut golongan ini. Oleh kerana melayu itu kononnya sudah sebati dengan islam, maka tak perlu bising-bising sangat pasal perjuangan islam. Lalu islam yang diambil semasa memperjuangan nasionalisme Melayu mereka hanyalah islam yang bersifat status quo seperti yang difahami oleh majority masyarakat iaitu cuma merangkumi hal ehwal ritual ibadah tanpa ada usaha untuk cuba memahami islam sebenar yang syumul merangkumi system siasah (politik), ekonomi, social, undang-undang dan sebagainya.
Untuk memahami kenapa perlu masyarakat melayu kembali kepada islam dalam perjuangan politik mereka, adalah perlu terlebih dahulu untuk memahami mengapa masyarakat kita mundur, rosak dan jatuh tanpa islam itu sendiri. (kalau anda rasakan masyarakat kita sekarang memang dah ok dan tak mundur, malah maju dan berdaya saing itu cerita lain, saya pun tak boleh kata apa-apa lah). Islam yang difahami pada hari ini oleh majority besar rakyat Malaysia hanyalah terikat dengan ritual-ritual keagamaan seperti solat, puasa, haji dan sebagainya. Apabila disebut pula tentang negara islam yang mengamalkan hukum syariat dalam pemerintahannya, maka kita akan terbayang tentang hukuman hudud, potong tangan kalau mencuri dan sebagainya. Walaupun hukuman jenayah begitu wujud dalam cabang undang-undang sebuah negara islam yang mengikut Al Quran dan sunnah, ia cumalah sebahagian kecil yang cuma dikuatkuasakan bila timbul jenayah sedemikian rupa di kalangan pelaku jenayah yang sudah tentu sangat kecil peratusannya di kalangan populasi penduduk kalau konsep-konsep lain dalam pemerintahan islam yang lebih utama dapat dilaksanakan terlebih dahulu, contohnya dakwah. Sedangkan sifat pemerintahan islam yang jarang cuba dihebahkan kepada ramai ialah sebuah pemerintahan yang adil, di mana hak-hak rakyatnya dijamin oleh perlembagaan, riba’ diharamkan kerana cuma menguntungkan sangat sedikit di kalangan anggota masyarakat, rakyat hidup dalam suasana beriman di mana dakwah sangat diresapi dengan sangat pervasive dalam masyarakatnya, dan ketua kerajaan dipilih oleh suatu system syura yang demokratik lagi bijaksana dan boleh pula ditegur dan dikritik bila melakukan kesalahan.
Saya berpendapat di sini system demokrasi bukanlah merupakan suatu system yang adil untuk memilih pemerintah yang paling baik walaupun ia mendapat sokongan majority sesebuah negara kerana seperti berlaku di sesetengah negara, rakyat kebanyakan mengundi berdasarkan sentiment isu yang dimainkan, latar belakang pendidikan mereka dan pendedahan serta ilmu mereka untuk menjustifikiasikan pemilihan yang dibuat. Rakyat negara majority orang bodoh hanya akan memilih pemimpin bodoh yang cuma pandai lebih sedikit sahaja untuk dapat menipu mereka. Contoh yang tidak patut kita lupai ialah bagaimana Slobodan Milosevic telah diangkat sebagai pemimpin dengan cara yang demokratik sebelum dia menyembelih ramai orang tidak termasuk Muslim sahaja di Yugoslavia. Ada banyak lagi contoh lain di mana demokrasi mutlak bukanlah jawapan kepada semua permasalahan. Barat sendiri melalui fasa-fasa kematangan dalam perjalanan demokrasi mereka (sebagai contoh, wanita dan kulit hitam dulu tidak diberikan hak mengundi di Amerika), tapi mereka nak paksa orang lain terima demokrasi tanpa batas mereka hari ini. Ini sudah masuk cerita lain, pardon me I have digressed a little.
Kembali kepada peranan islam untuk membentuk pemimpin yang baik. Oleh sebab islam sebenar (bukan islam sekular yang ramai kita keliru) mengajar kita untuk mengislamkan seluruh aspek kehidupan kita, maka islam turut mengajar kita untuk mendidik diri dengan sifat-sifat mahmudah yang menjadi bukti orang-orang bertaqwa yang takutkan Allah dan azab akhirat. Sifat-sifat seperti rajin berusaha, tawakkal, qanaah, tawadduk, jujur, amanah, berani bersuara kerana benar dan sebagainya merupakan sifat-sifat biasa yang diperintahkan oleh Allah dalam Al Quran dan diajarkan oleh Rasulullah SAW dalam As-sunnah. Situasi hari ini di mana orang islam di Malaysia sangat jauh daripada sifat-sifat ini berpunca daripada pengasingan islam yang sebenar dari kehidupan seharian mereka. Kita hanya mencari agama pada hari jumaat, bulan puasa, waktu nak pergi umrah dan sebagainya. Tudung pula dipakai oleh perempuan sebab ikutkan trend semasa. Solat pula dibuat sebab kita takut kalau tak solat nanti kena sound dengan mak, ustaz atau member-member. Hikmah ibadah-ibadah ritual itu pun kita tak dapat faham apatah lagi nak faham kenapa perlunya hukum-hakam islam dalam aspek kehidupan kita yang lain. Maka sebab itu orang bukan islam memerhatikan kita sebagai penganut agama dengan ritual-ritual yang ‘berat’ tapi dalam masa yang sama kitalah pelaku rasuah nombor satu negara, bangsa paling ramai kena AIDS, hisap dadah, lari dari rumah dan sebagainya.
Benar bahawa untuk mencapai status negara maju kita perlukan sebuah kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi dan bermoral tinggi supaya korupsi dapat diminimakan dan hasil pengeluaran negara dapat ditingkatkan pada tahap yang maksimum. Untuk itu nilai-nilai murni sangat perlu diterapkan kedalam diri setiap rakyat. Namun penerapan nilai murni kerana semata-mata mempunyai tujuan memajukan negara dari sudut material tidak akan pergi jauh ke mana-mana. Malah bagi sebuah negara yang membangun seperti Malaysia, yang berada dalam suatu ekonomi bersifat transitive, di era globalisasi di mana rakyatnya sudah begitu terdedah dengan dunia luar, ia cuma akan mengembalikan kita ke dalam suatu vicious cycle yang sentiasa mengurung kita ke dalam suatu kemunduran akibat korupsi dan salah guna kuasa.
If you cannot beat the system, you DON’T join the system.
hazreen.sblm crite pasal pemimpin, hang tu jd pemimpin umno betoi ke dak eh?
aku rs pemimpin skrg jd mcm ni sbb dlu ms die dkt sekolah die sebijik cam ko.perasan boleh memipin tp x boleh pun.
wuhuuuuu best best!
salam
easier said than done. u’re part of the system. no matter how hard you deny it, in the end, you’ll end up just to find yourself in a miserable condition, and full or remorse.. nightmare…..
wsalam. well of course a lot of things are easier said than done but thats at least a starter for putting some ideas into our head.
the end is not even near so there’s really practically nothing to deny.
as the people are becoming increasingly aware of the failure of the current system that determines the course of events in the world today to bring it out of the utter despondency it is in right now, we are looking for alternatives and there have been a lot of alternatives in the past that quite didn’t work and i honestly believe islam as a way of life is the answer the humanity has overlooked for so long.
the real islam is not the one in pieces and fragments with all misunderstandings associated with it that have become so pervasive among us all but the one propagated by the people who fully understand it as an ad-deen, with all the good intentions.
salam
congratulations for your lengthy explanation.
Islam = ad-deen, yes, agreed on this.
Islam-politics <– what's ur comment on this
(some quarters claimed that Islam is almost exclusive for their 'cult')
Malay-Islam-politics.. what if i add another word.. 'professional malay' ; maybe now you understand why people are leaving the rotten system, and shall i say join the new, yet unproven system.. sigh. looks like you've left one place, but still hasn't found ur true destination..
wsalam.
thanks anyway for bearing with me. if u can agree upon the fact that islam is indeed an ad-din, i see no reason why now we cannot establish the fact that the ad-din also includes the system of political admistration.
islam is not exclusive for any particular group but for anyone to claim that they’re fighting for the true course of islam, the group must first undertsand the true essence of islam the way it was taught by the prophet Muhammad SAW and if there’s any way that a new interpretation is to be made to face the current issues that modern society is dealing with, it must be made under the methods recognised and closest to the true spirits of Al Quran and Hadith, as has been agreed by the majority of the islamic scholars. islam has clearly outlined all this and failure to take not that all this exists is definitely ours to blame.
nationalism has its place in islam as has been stated by ibnu khaldun that for a particular society to persevere in sovereignity, a sense of belonging must first exist. but the kind of nationalism that is permitted in islam is the one that is being used only as a tool only to achieve a greater aim which is to unite all human beings under the akidah of islam.
if u can understand and even agree that islam is ad-deen, i also don’t see why conflict would arise in those professionals trying to understand islam. in fact there is a lot of professionals who have become the back bone of islamic movements all over the world.
anyway thanks a lot for telling me that i am lost neither here nor there. that has got to be the greatest revelation,the biggest epiphany that has ever hit me so far.
Salam Hazreen.
Benar, demokrasi bukanlah penyelesaian kepimpinan yang berkesan dan mudah untuk seseorang terpengaruh dengan kemanisan gula-gula getah yang dihidangkan kepadanya. Tetapi susah untuk kita ketepikan sistem yang telah sedia ada, terutama sekali dengan pekikan ‘kebebasan bersuara’ dan hak untuk mengundi. Kita tidak boleh menyangkal hak mereka dan tidak boleh jugak menganggap ‘rakyat negara majoriti orang bodoh.’ Ada yang pandai, tetapi tertipu jua, sebab politik memang politik.
Masalahnya terletak kepada ahli politik itu sendiri, bukan sekadar demokrasi. Pilih yang perjuangkan Islam pun 2×5, 5×2 saja, yang perjuangkan Melayu dikatakan parti rasuah walaupun ada yang betul-betul ikhlas menjalankan tanggungjawab. Sesiapa pun boleh makan rasuah bila sudah lama pegang kuasa, power intoxication. Tidak pula ada rang undang-undang yang boleh menghukum ahli politik yang tidak menjalankan tanggungjawab.
Resolusi Islam is the solution bukanlah mudah. Suatu hari nanti, sudah tentu ada yang akan mempertikaikan hak orang Melayu ataupun Islam untuk memimpin kerana terlalu sibuk memperjuangkan hak Melayu atau undang-undang Islam berbanding hak-hak bangsa lain. Menjadi majoriti bukanlah jaminan sepenuhnya kita layak memegang kuasa. Kepimpinan berlulah berkesan dan bersifat universal. Adakah memperjuangkan hak-hak agama atau bangsa sendiri cukup untuk justify seseorang itu dah buat kerja?
Memang senang untuk kita angkat tangan cakap Islam is the best. Orang agama lain jugak boleh berbuat demikian untuk agama masing-masing. Jika betul-betul rasa tanggungjawab, jadikan demokrasi sebagai bidang dakwah yang sewajarnya. Macam Cik Eugen cakap, we are part of the system.
Wallahualam.
By the way Hazreen, dok sembang ngan Rafie pasal topic ni tadi kat facebook. Dia setuju dengan hang pasai majoriti orang bodoh akan vote orang bodoh tu. And owh, dia rindu kat hang kot.haha.
Ringkasnya, pembentukan individu muslim sebenarnya sangat-sangat dan sangatlah penting sebelum pemerintahan Islam itu benar2 menjadi nyata.
Individu muslim akan membentuk masyarakat muslim. Tiada istilah rakyat bodoh akan memilih pemerintah yang bodoh jugak tapi pandai sedikit shj kerana muslim sebenar @ Islam mengajar manusia menggunakan akal dan panduan quran sunnah sebaiknya dalam memilih pemerintah yang terbaik buat mereka.
Pemerintah muslim pula diajar supaya mengutamakan keadilan terhadap semua rakyat tidak kira bangsa dan agama kerana pemerintah dipilih untuk menjadi ”hamba” kepada rakyat.
Apa yang menjadi ketakutan dan kebimbangan rakan2 yang bukan Islam adalah kerana takut didominasi oleh orang2 Islam dan hak2 mereka tersekat. Pandangan sebegini tidak lain dan tidak bukan kerana cerminan Islam itu sendiri diterbitkan secara salah dan dicemari oleh muslim yang tidak mempraktikkan Islam sebaiknya. Bukan salah tuhan menurunkan Addin Islam itu, tapi salah penganutnya yang terpesong.
Akhirnya, tiada solusi terbaik melainkan kembali semula kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Ya, akan ada yang tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Itu tidak mustahil, kerana apa yang zahir di mata kita, maka itulah yang terbit di hati kita. Sekiranya sejarah Islam dan pembentukan negara Islam pertama Madinah dikaji sebaiknya, akan kita dapati hampir tiada penentangan terhadap pemerintahan Islam oleh Rasulullah saw ketika itu. Hanya segelintir sahaja yang mana mereka ini mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan Islam semata2 atas dasar rakus kan kuasa dan nafsu semata2. Akan tetapi masyarakt Madinah ketika itu yang terdiri dari Nasrani, Yahudi, Majusi dan Islam dapat hidup aman damai di bawah keadilan pemerintahan Islam.
Oleh itu, mari mengkaji sejarah ….. ^^
salam.
yup setuju dengan pendapat pasal apa-apa pun kena kembali kepada the fundamentals of Islam tapi sebab sekarang ni macam-macam brand islam orang cipta~ ada liberal islam, moderate islam, progressive islam dan bla bla bla maka bila sebut the fundamentals of islam orang sering terbayang extremist islam. kalau nak diikutkan yang betul-betul fundamental islam tu lah yang progressive, moderate, liberal pada tempat yang patut dan extreme pada tempat yang patut. apa yang penting ialah kembali kepada al quran dan sunnah dengan current interpretation yang terdekat dengan semangat al quran secara total dan bukannya interpret suka suki macam quran tu buku teks cikgu sekolah dia yang tulis.
anyway pasal demokrasi tu rafeeq, kejadian2 sejarah dah buktikan ia bukannya sistem terbaik untuk pilih pemimpin terbaik. tengoklah dekat US tu yang jaguh demokrasi sedunia pun tersilap pilih George W Bush sebab diorang kena tipu dengan isu-isu keselamatan yang tak wujud pun sebenarnya. Adakah Obama juga tersilap pilih? Only time will tell. Sebenarnya di US sendiri pun demokrasi melalui pelbagai peringkat kematangan sebelum ia wujud dalam bentuk hari ini maka tak bolehlah US nak paksa demokrasi dia kepada negara-negara macam Iraq dan Afghanistan. Dalam konteks Malaysia kita hari nie yang kononnya muhibbah on the surface tapi realitinya semua orang tau, demokrasi tambah-tambah lagi bahaya kalau tak kena cara menanganinya.
Kalau nak ambil semangat demokrasi boleh tapi modify2 sket lah, jangan melulu buta-buta ikut. Ahh, apa aku mengarut nie, Islam tu sendiri yang bawakkan demokrasi terkawal dengan meletakkan keadilan sosial di tempat pertama dan pemimpin perlu sentiasa terbuka untuk kena kritik macam Saidina Abu Bakar dan Umar Al Khattab as a prime example.
salam wrt afiq fikri.
thanks for the lengthy reply.
actually aku cuba nak cakap bahawa politics is part of islam but never the ultimate goal. while sometimes it can be used as a tool for dakwah, different circumstances need us to take different measures.
kalau ambil contoh Malaysia, isu negara islam memang sangat sensitif selagi masyaraakat tak dididik dan ditakut2kan dengannya. walaupun kuasa mmg penting untuk gerakan islam supaya dapat menyenangkan dakwah top to bottom, tp pada pandangan aku yang most probably tak betul nie, ia agak susah dilaksanakan dalam suasana masyarakat yang belum faham, paranoid dan jahil pasal islam. apatah lagi orang2 yg semangat gila2 nak perjuangkan pun kadang2 tersilap lebih semangat sampai takutkan orang lain. (oh maafkan aku yang lagi senang mengkritik berbanding berada di tengah2 medan org yang memang mengambil pendekatan macam tu).
jadi pendekatan yg lagi molek rasanya ialah dakwah dari bawah. maybe slow, lambat dan memang mission impossible tapi rasanya tu je kot jalan yang ada. lagi ramai muslim sedar dia wajib berdakwah, lagi kurang susah matlamat ni nak capai.
maybe aku sangat kedengaran idealistik di sini tapi as cheesy n cliche as it may sound, everyting starts with a dream. haha.
anyway sorry la bro for the late reply plus i may sound like i am beating around the bush here. internet kat bilik takde terpakse menumpang kaseh di bilik orang lain. kirim salam kat rafie zuhaili. aku lg rindu hang dari aku rindu dia. hohoho.
Itu sangatla aku setuju. Aku tak rasa implementation hudud atau sewaktu dengannya boleh berjaya bila rakyat yang menyokong pun belum betul2 paham lagi. Dengan bayangan curi potong tangan bila sebut hudud, aku tak rasa orang dapat gambaran yang menyeluruh pasal hudud tu lg. Dalam suasana politik yang begitu hostile di Malaysia, umat Islam sendiri perlu consolidate kedudukan sebagai pendahulu dalam semua bidang dahulu. Apa guna jadi majoriti kalau ketinggalan.
Propaganda ilmu sangatla penting, kerana benda ini sangat fundamental. No wonder ayat al-Qur’an pertama suruh kita baca.
Aku tau perasaan macam mana bila internet takda kat bilik.hehe.
Salam.
Salam
Afiq, aku rasa ko nak letak perkataan ‘propagasi’, merujuk kepada propagation. Propaganda macam jahat saja bunyi. haha