Harga Buku

25 02 2010

Pesan Imam Ghazali

Sebagai seorang Muslim yang percaya dengan senjata mukmin utama ialah berdoa, sudah tentu kita selalu berdoa meminta agar Allah pelihara diri dari maksiat, moga Allah ampunkan dosa-dosa yang lalu, moga syaitan dijauhkan dari bersarang dalam hati dan moga iman kita kekal tsabbat pada jalanNya. Mungkin dalam pada kita berdoa itu, masih melekat lagi beberapa tabiat kita yang tidak bertepatan dengan perintah Allah (yang barangkali kita sedang cuba kikis). Maka kita berterusan melakukan maksiat dan berdoa dalam masa yang sama.

Kata Imam Ghazali, perbuatan itu tidak ada beza dengan orang yang lapar lalu meminta Allah turunkan makanan dari langit. Untuk makan, seorang yang ada akal akan pergi cari kerja, lalu dapat gaji, lalu beli makanan dengan duit yang diperolehi. Begitu juga dengan doa agar dipelihara diri dari maksiat memerlukan usaha untuk bermujahadah, menjauhkan diri dari suasana yang mendorong ke arah perlakuan maksiat dan azam yang sangat kuat. Pendek kata tak cukup dengan berdoa sahaja, tapi perlu disertai dengan kerja kuat kita sendiri.

Sekali sekala kalau korang ada masa, belek-beleklah Ihya’  Ulumuddin karya Imam Ghazali. Ada sebab kenapa orang panggil beliau ulama’ hebat sepanjang zaman yang tiada tolok banding.

Harga Buku di Malaysia

Untuk menjadi sebuah negara maju, tidak dapat tidak sebuah negara perlu dilengkapi dengan rakyat yang berpengetahuan tinggi dan berfikiran luas. Tidak cukup dengan bangunan tertinggi di dunia, pasukan formula satu 1Malaysia, kek lapis terbesar, pulut panggang terpanjang dan sebagainya sahaja. Cara paling berkesan sudah tentulah dengan mewujudkan sebuah masyarakat yang rajin membaca buku kerana membaca itu jambatan ilmu (seperti yang tertulis pada mural-mural di dinding sekolah).

Di sebalik misi untuk mengejar negara maju, kerajaan mungkin perlu mengkaji harga-harga buku di Malaysia. Manalah tahu punca utama kenapa rakyat Malaysia malas membaca adalah kerana harga buku yang mahal disebabkan oleh purchasing power rakyat Malaysia yang rendah. Kerajaan mungkin terpaksa memberikan subsidi atau menjadikan buku sebagai barang harga terkawal.

Sebagai contoh, harga buku cerita bertajuk The Science of Discworld karya Terry Pratchett di MPH bookstore ialah RM 35.90 sedangkan harga asalnya kalau dijual di UK cumalah 6 pound sterling. Walaupun campur tolak darab bahagi selepas ditukar nilai matawang harganya lebih kurang sama, sudah tentu nilainya berbeza bagi seorang rakyat Malaysia yang bekerja contohnya sebagai seorang guru dengan pendapatan RM2000 sebulan jika dibandingkan dengan seorang guru warganegara UK dengan pendapatan 2000 pound sterling.

Dan rakyat Malaysia perlu membaca kalau hendak faham tentang purchasing power parity, exchange rate, Big Mac Index dan terma-terma sewaktu dengannya supaya tidak termakan propaganda parti-parti politik di Malaysia yang mengeksploitasikan kelemahan ilmu rakyat Malaysia lantas mempermainkan emosi mereka.

Kalau rakyat Malaysia cerdik-cerdik akibat banyak membaca, maka ahli politik pun akan jadi lebih cerdik juga untuk tidak menipu rakyat sesuka hati serta menggubal polisi negara yang cerdik-cerdik juga.

Akibat harga buku yang mahal, rakyat Malaysia lebih rela membaca tabloid Harian Metro, majalah Mastika atau blog-blog penuh emosi dan suka mengutuk orang lain lalu berasakan diri sudah cukup banyak ilmu di dada.

Filem Melayu

Universiti aku cuti 4 hari untuk hujung minggu lepas sempena Men’s Day di Russia. Pada hari Isnin yang cuti itu sepatutnya aku join batchmates aku untuk main bowling namun memandangkan niat itu terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir akibat perutku yang meragam, maka for the rest of the day aku cuma duduk di bilik sambil memegang buku (pegang je la, bacanya ehem ehemm). Sambil menghadap komputer dan surf internet, aku sengaja melihat-lihat video di youtube untuk melihat what’s new with the local movie scene. (niat untuk mengenal pasti jahiliyyah kira aci ke? hehe)

Aku tertengok beberapa klip filem seperti Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam dan filem seram komedi bertajuk Jangan Pandang Belakang Congkak. Kononnya kedua-dua filem ini sangat berjaya mengaut keuntungan yang tinggi di pawagam.

Dalam sesebuah masyarakat, apa-apa produk media yang mendapat sambutan hangat memberikan gambaran pemikiran masyarakat itu. Sebagai contoh, majalah Mastika dan siri-siri hantu di TV sangat menjadi pilihan masrakat, maka kita boleh buat kesimpulan masyarakat Melayu sangat sukakan bahan-bahan berbentuk mistik, seram dan misteri sebagai bahan bacaan dan hiburan santai. Tidak hairan kenapa kisah lelaki santau isteri/isteri jampi suami boleh jadi main story di akhbar paling tinggi circulation dalam Bahasa Melayu. Dahsyat kan?

Berbalik kepada filem-filem yang aku ‘ter’tengok, tema-tema filem yang menjadi pilihan remaja Melayu pada hari ini sangat membimbangkan. Sebagai contoh filem Bohsia itu, sikit-sikit rogol, sikit-sikit buat seks, tension sikit hisap dadah. Dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak pula, tahap khurafat yang dipaparkan sangat menyesatkan akidah. Aku sendiri tak ingat sejak bila pihak authority sangat lenient dalam hal ini. Ini membuatkan aku terfikir adakah masyarakat Melayu kita betul-betul sudah sampai ke peringkat teruk macam tu pada hari ini?

Sebagai pelajar bidang perubatan yang mostly bergaul dengan budak-budak medic seangkatan dengan aku, mungkin wujud sedikit false sense of security yang dipengaruhi oleh persekitaran. Sebagai contoh, kadang-kadang aku tengok budak perempuan kelas aku yang belajar dengan sangat cemerlang sehingga membuatkan aku terfikir bahawa Malaysia sebenarnya tidak ketandusan modal insan yang hebat-hebat. Hakikat sebenarnya, mereka ini adalah lebih merupakan exception to the rules. Dalam ke’katak’an di bawah tempurung aku ini, adakah betul-betul remaja Malaysia di luar sana betul-betul dah jadi macam remaja-remaja dalam filem Bohsia? Itu sudah teruk, tapi kalau betul pun majoriti mereka belum betul-betul begitu, tapi kalau mereka berasa bahawa gaya hidup yang dipaparkan itu sebagai sesuatu yang ‘cool’, maka itu pun sudah hampeh sangat-sangat dah.

Adakah ini contoh ghazwul fikr (perang pemikiran) yang berkesan? Apabila orang bodoh sendiri tidak perasan benda yang dilakukan itu bodoh, maka dia berasa dirinya pandai dan cool. Maka orang bodoh lain akan terikut-ikut.

Oh 1 Malaysiaku.

Buat Para Du’at

Bagi sesiapa yang beriltizam dengan dakwah dan tarbiyyah, situasi di atas tidak boleh dipandang dengan ringan sahaja. Ada kecenderungan di kalangan sesetengah ahli masyarakat Melayu yang masih tergolong dalam kategori ‘orang baik-baik’ untuk hanya melihat dari tepi tanpa melakukan apa-apa. Dialog yang biasa kita dengar ialah seperti: “Isyy Isyy teruknya. Apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang. Nasib baik adik beradik aku/anak-anak aku baik-baik lagi.”

Walau macam manapun kita cuba mengawal orang-orang yang berada dalam circle of influence kita (adik-beradik, isteri atau anak-anak) dengan fikrah kefahaman islam yang jelas yang kita miliki, kita tidak patut lupa bahawa hakikatnya manusia itu bergerak dan berinteraksi dalam persekitaran sosial yang saling kait berkait dan mempengaruhi. Mungkin suatu hari nanti adik-adik kita atau anak-anak kita yang akan terpengaruh dan berasakan hero dalam filem Bohsia itu adalah seorang yang sangat cool lalu meniru cara dia berjalan, bercakap dan sebagainya.

Apa peranan kita ke atas golongan ini ya? Macam mana kita nak buat?

Hmmm, macam mana kita nak buat? (aku sendiri tak tau, mohon pencerahan)

Allahu ta’ala a’lam.






Teguran dari Allah

14 02 2010

Teguran dari Allah

Kadang-kadang kita takkan pernah expect cara-cara Allah hendak menegur kita. Tarbiyyah Allah itu datang dalam keadaan tanpa disangka-disangka.

Bagaimanakah kamu (sampai) menjadi kafir, padahal ayat-ayat Allah dibacakan kepada kamu, dan Rasul-Nya pun berada di tengah-tengah kamu? Barang siapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.

Ali Imran, 3:101

Jalan yang masyru’ yang ditunjuki Nabi SAW adalah jalan terbaik kepada semua permasalahan. Lupakah kita kadang-kadang? Atau ingkarkah kita?

Kes buang bayi

2-3 hari ini heboh berita tentang pembuangan bayi dalam akhbar-akhbar di Malaysia. Maka semua orang sibuk memberi bermacam-macam cadangan untuk menangani masalah ini. Ada yang cadangkan supaya ditubuhkan sebuah ‘pusat khas’ untuk membuang bayi bagi ibu-ibu yang tak berniat untuk menyimpan anak mereka yang baru dilahirkan. Ada yang cadangkan supaya ibu bapa kedua-dua pihak lelaki dan perempuan yang terlibat berzina sampai lahirkan anak luar nikah turut dihukum dengan hukuman berat sebab tak pandai jaga anak dan bermacam-macam lagi.

Teringat kata-kata Syed Qutb yang mengatakan dakwah Islam yang dibawa bukanlah untuk menempel lubang-lubang jahiliyyah tapi merobohkan sistem jahiliiyah itu terus dan menggantikannya dengan cara hidup yang serba serbi berpaksikan Allah tanpa ada sedikit pun pengaruh taghut di dalamnya. Dalam sistem Islam yang syumuliyyah, tarbiyyah itu bermula dalam rumah, ketika bekerja, sewaktu bersiar-siar di taman, ketika pergi berjalan-jalan di supermarket, dan dalam semua perkara. (dan fikiran kita masih lagi sempit dengan tanggapan kalau sebut negara Islam hanyalah merangkumi hal ehwal hukum hudud sahaja.)

Lepas ni lubang apa pula yang bocor dan dengan apa pula kita nak tampal.

Buta politik

Cerita politik di Malaysia seminggu dua ini membuatkan aku tertarik untuk memberikan sedikit komen. Dulu aku sangat berminat ikut cerita politik di Malaysia tapi entah sejak bila minat itu hilang pelan-pelan.

Terdapat beberapa internal conflicts yang berlaku dalam parti-parti di Malaysia tak kira sama ada di pihak pembangkang atau kerajaan. Di Kelantan terdapat orang-orang PAS yang tak puas hati dengan cerita kononnya TG Nik Aziz mengamalkan kronisme lalu mereka mengkritik kepimpinan beliau. Dalam parti PKR pula ahli parlimen Kulim-Bandar Bahru (kampung lamaku) bertelingkah dengan Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam lalu beliau mengkritik secara terbuka kepimpinan tertinggi PKR yang ujar beliau tidak bersikap adil dalam menangani masalah pergolakan itu. Dalam UMNO pula Tengku Razaleigh Hamzah dikutuk hebat oleh ramai pemimpin UMNO kerana mempertahankan hak rakyat Kelantan untuk menuntut royalti minyak.

Apa yang menarik ialah bila seseorang itu mengkritik kepimpinan parti sendiri mesti dia dituduh bersubahat dengan parti lawan. Sebagai contoh Ku Li dituduh frust tak dapat jadi PM maka dia bersekongkol dengan PAS. Atau Zulkifli Nordin dituduh terlalu gila glamour dan menjadi tali barut UMNO. Begitu juga dengan pengkritik-pengkritik Nik Aziz.

Aku tak rasa politik Malaysia akan matang atau maju ke depan selagi sikap seperti ini tidak dapat dikikis. Sejak bila seseorang itu perlu menjadi ahli parti lawan kalau dia mengkritik partinya sendiri kerana sayang dan mahu partinya bebas dari kesilapan-kesilapan yang boleh menjauhkan rakyat. Seorang pemimpin hebat faham apa yang rakyat perlukan instead of apa yang rakyat mahukan yang dimanifestasikan ke dalam jual-beli undi rakyat dengan pelbagai janji manis entah apa-apa dalam pilihanraya.

Dalam suatu forum perdana Ustaz Asri Zainul Abidin yang aku kagumi pernah menyatakan bahawa dia mengimpikan masa depan Malaysia yang dipimpin oleh generasi yang buta politik, iaitu meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan parti politik. Persoalannya, adakah kita generasi yang ditunggu-tunggu itu?

Ada sebab kenapa tokoh-tokoh tertentu dikenali sebagai negarawan dan ada sebab pula sesetengahnya cuma dikenali sebagai bekas pemimpin parti. Contoh negarawan hebat ialah seperti Allahyarham Tun Abdul Razak. Projek-projek yang beliau tinggalkan hebat-hebat,  memberi kesan langsung kepada diriku, rakyat Malaysia lain dan generasi-generasi lain akan datang.

Bekas pemimpin parti datang dan pergi, malah ada yang dikutuk oleh sejarah.







Cuti musim sejuk baru habis

10 02 2010

Dari Rome, Italy Ke Charleroi Dekat Brussels, Belgium

Alhamdulillah, dalam trip kali ini dalam boleh dikatakan semua flight yang dinaiki untuk bergerak dari suatu bandar ke bandar yang lain, aku dapat duduk di window seat. Peluang duduk di window seat merupakan suatu peluang untuk merenung ke luar tingkap kalau mata tidak terlelap. Dari Rome ke Brussels menggunakan flight RyanAir yang dibeli dengan harga diskaun hebat 25 euro, flight itu melintasi kawasan pergunungan Alps di utara Italy,  timur France dan hampir keseluruhan negara Switzerland. Di celah gunung-gunung yang membentuk bayangan matahri pada gunung yang lainnya aku lihat kampung-kampung kecil dengan jalan yang menghubungkan kawasan penempatan manusia di tempat-tempat rendah di antara bonggol-bonggol gunung yang berjumlah ratusan banyaknya. Subhanallah, hebat ciptaan Allah.

Manusia-manusia itu kecil sahaja. Bila kita belajar medicine/physiology/biology, kita sudah rasakan manusia itu hebat. Dengan organ-organnya, sistem-sistem dan sel-sel spesifik yang menuntut seorang pelajar perubatan (yang rajin sahaja, uhukk uhukk) menghabiskan hampir keseluruhan usia remajanya untuk mempelajarinya. Dan kita rasakan manusia itu sudah hebat. Dengan peradabannya, sistem-sistem sosial dan ekonomi yang diciptanya, dengan pergaduhan dan konflik di merata-rata tempat untuk merebut hak-hak yang entah siapa betul siapa salah. Oh kita bising-bising di bawah ini. Tapi pandangan dari atas membuatkan kita nampak sangat kecil ibarat semut-semut api yang cukup annoying dengan pelbagai karenah dan hingar bingar yang tidak pernah berhenti.

Dan dari atas aku terfikir- pasti ada di bawah sana seorang hamba yang sujud tunduk menghadap Al-Khaliq yang berhak. Sebab gunung-ganang, langit biru, matahari, batu bata, salji-salji semuanya tunduk dan berzikir memuji kebesaran Allah, tak pernah engkar walau sesaat.

Habis Program

Alhamdulillah kerana aku tergolong dalam salah seorang yang Allah beri izin dan peluang untuk turut serta mengikuti program kami pada cuti winter kali ini. Aku sendiri tak dapat recall apalah kebaikan yang aku pernah buat sebelum ini hingga layak sampai untuk turut serta mengikut program hebat yang dianjurkan oleh orang-orang hebat dan bergaul dengan orang-orang bersih hati yang mendapat hidayah dari Allah SWT. Allah works in a truly  mysterious way and I can’t help but to feel humbled by his countless blessings that I think I do not even deserve.

Di akhir program saat orang-orang lain masih bersisa-sisa bersalaman dan berborak kosong sementara menunggu waktu menaiki bas untuk ke train station untuk memulakan langkah pulang ke Russia, aku termenung jauh seorang diri. Terduduk sekejap bak kata orang.

Aku terfikir tak lama lagi aku dah bukan seorang student. Tiada lagi ruang besar untuk buat kesilapan atas alasan trial and error untuk proses self-discovery. Kalau beriltizam dengan D&T dah tak boleh manja-manja harapkan ada orang datang gosok belakang bila diri down malah perlu lebih kuat sebab ada adik-adik yang mengharapkan aku sendiri kuat. Perlu tsabbat pada amal supaya diri tak terjerumus menjadi rakyat awam biasa macam tak pernah menerima didikan fikrah. Lepas nie kalau bekerja tak boleh buat cara student cuma nak pass exam sebab aku bukannya bekerja dalam industri membuat keropok lekor untuk ada ruang membuat kesalahan yang besar. Perlu siapkan diri jadi seorang kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab dan berdisiplin tinggi, sanggup dimaki siang malam pagi petang supaya boleh baiki skills yang sangat jelas aku hampeh lagi. Kalau ditakdirkan Allah berkahwin dan memiliki keluarga, dah tak boleh kira-kira belanjawan untuk beli gadget baru untuk diri sendiri di hujung semester atau suka-suki pergi ke mana-mana malls seorang diri pada hari cuti musim summer. Daripada berkira-kira untuk seorang diri, kena kirakan juga untuk orang lain yang sudah dipertanggugjawabkan ke atasku. Itu belum masuk bab tanggungjawab kepada ibu bapa yang menjadi kunci kepada keberkatan amalan-amalan laik plak.

Ukhwah dan Bi’ah

Berada di dalam daurah selama 3-4 hari bersama-sama dengan teman yang mendokong fikrah yang sama is a luxury we cannot always afford. Berada di dalam bi’ah yang solehah mendorong kita untuk mensolehkan diri maka hasilnya selepas balik program kita akan rasa soleh satu macam dari hujung kepala ke hujung kaki. Namun realitinya kita bergerak dan bekerja di dalam medan yang tidak begitu sifatnya. Sifirnya sekarang ialah either kita yang larut di dalam suasana atau kita yang cuba mengubah suasana. Tapi habis-habis lekeh at least kita boleh mempertahankan kesolehan yang diperolehi. Sebab tu tarbiyyah dzatiyah kena mantap. Mujahidun linafsihi. Empower our mutabaah amal until the next opportunity to recharge.

Selagi kita belum sampai peringkat BM atau MM, terpaksalah kita bergantung dengan diri sendiri. (motivasi  buat sesetengah orang, hihihi)

Dah nak habis belajar

Tinggal 4-5 bulan lagi sebelum aku balik Malaysia. Back for Good, bak kata orang putih.

Semoga Allah mengurniakan kepada hambanNya yang hampeh lagi tak layak ini nikmat keindahan tawakkal kepadaNya.

p/s: Syukran jazilan dan jazakallah buat para ikhwah France, Malaysia dan Russia atas kerja penat dan budi yang ditaburkan. Cuma Allah yang layak membalas.


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka, 9:111