coretan pre-subuh

2 06 2010

Internet memberikan peluang untuk siapa-siapa sahaja tanpa mengira latar belakang pendidikan atau geografi untuk memerhatikan kehidupan manusia lain dari bahagian-bahagian dunia yang lain yang di masa lampau cuma mampu kita baca dalam akhbar-akhbar. Terima kasih untuk teknologi multimedia, streaming video dengan bandwith yang semakin lama semakin murah. Alhamdulillah.

Aku perhatikan orang-orang yang begitu bersemangat melakukan perkara-perkara yang mereka perjuangkan.

Sekarang sedang heboh dengan berita serangan Yahudi yang jahat ke atas rombongan kapal Flotilla yang ingin membawa bantuan kemanusian masuk ke Semenanjung Gaza. Perhatikan orang-orang yang berada di atas kapal itu. Bukan sahaja orang Islam tipikal dengan imej sterotaip penyokong gerakan pembebasan Palestin, mereka datang dari latar belakang yang tak terduga oleh kita. Apakah yang memotivasikan mereka untuk sanggup menghadapi risiko sebegitu?

Perhatikan juga George Galloway, seorang ahli parlimen British dari parti Respect yang sampai hari ini begitu bersemangat dengan perjuangannya supaya Britain menarik balik tenteranya dari Iraq walaupun beliau adalah satu-satunya wakil tunggal parti itu dalam parlimen. Beliau juga merupakan seorang yang aktif dan vokal dalam memperjuangkan suara rakyat Palestine. Dan beliau bukan pun seorang yang beragama islam.

Kemudian perhatikan wartawan-wartawan dari stesyen Al Jazeera yang gigih membuat liputan di kawasan-kawasan panas di Timur Tengah. Secara praktikalnya, mereka sedang berada dalam sebuah zon perang. Jika hendak difikirkan insentif, gaji atau perks yang datang dengan kerjaya seorang wartawan yang mereka terima, apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan risiko kena bom, kena culik, kena tembak dengan peluru buta yang hari-hari mereka hadapi.

Kemudian aku perhatikan saintis-saintis yang siang dan malam memerah otak memikirkan cara untuk menghasilkan sebuah kereta hijau dengan sumber tenaga boleh diperbaharui dan mesra alam sekitar yang boleh digunakan secara praktikal oleh orang awam. Sampai hari ini mereka bekerja untuk mencari konsep  yang paling ideal, economical dan mesra pengguna. Sudah tentu bagi orang-orang yang peka dengan isu-isu alam sekitar, perkara ini merupakan sesuatu yang sangat bermakna dan besar pengaruh dalam hidup mereka.

Dan kemudian aku lihat diri sendiri. Hampir menamatkan zaman pendidikan universiti, bakal memulakan alam pekerjaan dan masih lagi terbayang dan merenung masa depan yang jauh. Kadang-kadang optimis, kadang-kadang pesimis malah pernah panik juga.

Amatlah malang dan hampeh kalau matlamat hidup jangka panjang cuma sekadar terfikir kereta paling hebat boleh dibeli, atau rumah yang besar atau menunggu cukup masa untuk menunaikan umrah dan haji di Mekah.

(semoga Allah tetapkan hati kita semua di jalan yang cuma menghala ke arahNya)

Allahu ta’ala a’lam.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.