Salam 1 Malaysia.
Isu Palestine kembali menjadi hangat semenjak dua menjak ini dan beserta dengan kehangatan itu timbul kembali cerita dan kempen boikot memboikot ke atas barangan Israel. Seperti biasa akan ada yang menyokong dan akan ada golongan yang kurang bersetuju. Kebanyakan yang tidak bersetuju bukanlah bermakna mereka menyokong Israel cuma mereka kurang yakin dan percaya ia akan membawa apa apa hasil yang jelas ke atas Israel setelah bersusah payah menahan diri daripada makan di McDonald, atau minum Coke atau minum kopi di Starbucks. (sekadar menyembut beberapa contoh)
Hal ini boleh diperdebatkan sampai esok pagi tak habis-habis apatah lagi dengan kemajuan internet maka semua orang boleh copy and paste maklumat di sana sini untuk membuktikan hujah yang diberi adalah betul dan menampak-pandaikan diri sendiri.
Aku terkenang zaman mula-mula aku berjinak jinak dengan halaqah dan baru hendak cuba try test tengok usrah ni benda apa sebenarnya. Waktu tu kami berhalaqah dengan tidak tersusun malah menggabungkan lelaki dan perempuan dalam usrah nuqaba’. (fasa ini aku namakan fasa usrah main-main dalam hidup aku. huhu) Waktu tu kepala otak aku pun macam jenis-jenis rebel juga. Sewaktu membincangkan isu Palestine dalam satu sesi dan kempen boikot, aku mengekspresikan ketidaksetujuan dengan kempen boikot memboikot yang pada pandangan aku waktu itu cuma menampakkan ketidakfahaman umat Islam terhadap cara ekonomi bergerak terutamanya di Malaysia dan kesannya terhadap perdagangan dengan US, penggunaan cip Intel dalam laptop kita dan yang paling besar ialah prinsip di sebalik boikot itu yang menampakkan ketidak-konsistenan umat Islam dalam memilih barang barang yang patut diboikot.
Kemudian ada seorang kakak dalam usrah tu cakap yang bunyinya lebih kurang, “Mungkin betul semua benda yang kamu cakap tu. Tapi sekurang-kurangnya di akhirat nanti bila ALlah tanya apa yang kamu pernah buat untuk saudara-saudara kamu di Palestine, paling lekeh kita boleh jawab pernah boikot produk Israel.”
Aku memang tidak ada jawapan balas langsung untuk ayat akak tu.
Mungkin sesama umat Islam yang tak reti-reti nak bukak mata lagi, kita boleh gunakan argument yang sama daripada penat membazirkan air liur berdebat atau membakar kalori dengan menggunakan jari menaip jawapan panjang lebar di ruangan komen facebook.
Wallahualam.
Palestine tidak memerlukan kita, tapi kitalah yang memerlukan Palestine!

“Palestin tak memerlukan kita, mereka perlukan pertolongan ALLAH sahaja”
“Tapi kitalah yang memerlukan Palestin, supaya terdaftar dalam golongan tentera2 ALLAH yang bergerak, walaupun sedikit, menolong agamaNya”
setuju2….dengan ayat terakhir penulis =D
“isu Palestine kembali menjadi hangat semenjak dua menjak ini dan beserta dengan kehangatan itu timbul kembali cerita dan kempen boikot memboikot ke atas barangan Palestine”
err..barangan Israel kot
terima kasih sebab betulkan.