selesai

21 06 2010

assalamualaikum.

Sempena exam final sebelum menamatkan pengajian, kami terpaksa menduduki peperiksaan akhir yang menggabungkan cabang Internal Medicine, Tuberculosis (bab berasingan kalau diajar di Russia), professional diseases, endocrinology dan infectious diseases. Seperti biasa kalau waktu exam tak pernahnya akan habis study dan mesti akan ada juga bab-bab yang tak sempat nak cover.

Aku cuma mostly sempat cover semua cases untuk Internal Medicine, study ala kadar untuk endocrinology, professional diseases baru revise sikit-sikit pagi sebelum exam dan untuk Tuberculosis dan Infectious Diseases aku bertawakkal kepada Allah dengan konsep tawakkal yang salah. huhu.

Dengan debaran yang maha dahsyat aku tunggu kawan-kawan lain keluar dewan selepas seorang demi seorang selesai menjawab. Cuak ni memang tak ter-describe lah. Nota apa-apa yang ada cuma sekadar dipegang sahaja. Nak revise apa-apa pun dah tak boleh. Senak perut.

Bila ada kawan-kawan yang keluar, kami pakat-pakat serbu dan tanya how was the exam, examiner mana yang senang, mana yang kena avoid, soalan apa yang dapat dan sebagainya. Ini merupakan suatu amalan yang sangat negatif sebenarnya kerana ia membuatkan aku semakin panik bila sedar ya Allah, banyaknya aku tak study lagi. Maka aku pun mula scramble dgn nota-nota berbaki tak tahu hujung punca cuba untuk top up apa-apa yang dah tak boleh top up dah pada waktu itu.

Bila aku mempamerkan kepanikan itu, seorang kawan sekelas pun menegur. Katanya, ” Rilekslah. Kau dah kumpul ilmu kat sini enam tahun. Guna je apa-apa yang kau ada.

Betul juga. I’ve done this so many times already. Maka aku pun tak panik lagi dan tak lama lepas tu nama aku dipanggil masuk untuk jawab exam. Terima kasih kawan sekelas.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah aku cumalah hamba yang sangat hina dan humbled kerana dibantu dan dipermudahkan oleh Allah. Walaupun kantoi-kantoi sikit dengan diagnosis untuk the 3rd question yang aku dapat, Allah bantu dengan dapat examiner yang sangat senang.

Alhamdulillah.

Astaghfirullah Astaghfirullah Astaghfirullah.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.