Kucing dan pemerhatian

20 07 2010

Assalamualaikum wrt.

Salam 1 Malaysia.

Kucing

Di rumah aku ada dua ekor kucing, Comel dan Chaplin. Kucing adalah haiwan peliharaan walaupun terdapat sesetengah manusia sanggup memakan mereka. Maka apakah peranan yang perlu mereka mainkan di rumah? Sudah tentu duduk-duduk sahaja, makan apabila diberi, main-main dengan tuannya, menggedik-gedik untuk dibelai dan sebagainya.

Kadang-kadang bila aku tengok kucing-kucing ini duduk-duduk sahaja, aku pulak berasa susah hati bagi pihak mereka. Manusia kalau bosan-bosan boleh keluar ke shopping mall untuk makan-makan, atau boleh pergi ke kedai buku bagi membeli buku yang boleh dibaca pada waktu lapang, menonton TV atau berjumpa rakan-rakan di alam nyata mahupun di alam maya.

Kucing kalau bisan boleh buat apa? Kucing faham perasaan bosankah?

Perasaanku demimu Malaysia

Mengurus perasaan dan sentimen terhadap warga Russia adalah lebih mudah berbanding rakyat Malaysia sendiri.

Jika di Russia, bila kita tidak puas hati dengan perangai mereka yang rude dan langsung tak peramah ataupun ditipu oleh peniaga/pemandu teksi mereka yang suka ambil kesempatan, pekerja-pekerja korup di sektor yang banyak karenah birokrasi ataupun dilayan seperti tunggul di kaunter-kaunter awam, maka selalunya aku akan beritahu diri sendiri: Ok, tahanlah XXXX tahun/bulan lagi. Lepas ni dah tak payah deal dengan mereka.

Di Malaysia perasaannya lain.

Sudah hampir seminggu aku pulang ke Malaysia. Berdasarkan observation sendiri, aku klasifikasikan rakyat Malaysia terbahagi kepada tiga golongan:

1) Golongan pertama ialah golongan yang sangat positif dengan semua perkara. Bagi mereka, Malaysia is on the right track to become a nation with a high-income economy, langkah pelarasan subsidi semalam mereka sambut baik, dan mereka sangat menghargai jasa-jasa yang telah dimainkan oleh keenam-enam Perdana Menteri Malaysia. Kebanyakkan golongan ini adalah terdiri daripada pekerja sektor awam, pengundi parti pemerintah sekarang ataupun orang seperti datuk aku di Lunas, Kedah yang cuma menonton TV1, dengar radio RTM negeri dan baca suratkhabar Utusan Malaysia sahaja.

2) Golongan kedua adalah golongan yang sangat negatif. Semua di Malaysia adalah tak kena dan sedang menuju ke ambang kehancuran. Golongan ini akan menyalahkan kerajaan di atas hampir kesemua masalah yang dihadapinya. Contohnya kalau keretanya rosak akibat melalui jalan berlubang, maka dia akan salahkan JKR tak buat kerja, kereta proton lembut sangat, menteri itu ini  korup dan hal-hal bersangkut paut dengannya. Golongan ini biasanya celik IT dan sering membaca blog-blog/portal berita bebas di internet dan cenderung pula untuk memangkah parti pembangkang ataupun kadang-kadang sebenarnya sembang sahaja kuat tapi malas mendaftar untuk mengundi. Ada kemungkinan juga mereka membenci Dasar Ekonomi Baru walaupun mereka sendiri mendapat banyak manfaat daripadanya.

3) Golongan ketiga ialah golongan with a varying degree of a little bit of both extremes. Mungkin kebanyakan kita akan mengaku tergolong dalam golongan ini.

Perasaan-perasaan negatif dan positif itu hendaklah diseimbangkan dengan baik-baik. Di saat kita tidak setuju dengan pelbagai kekalutan dan masalah yang menimpa 1Malaysia, jangan sampai ia berkumpul sehingga menjadi barah yang melahirkan kebencian. Dalam masa yang sama, jangan terlalu positif sampai kita lupa dan jadi complacent dengan pelbagai perkara yang sebenarnya masih banyak ruang perbaikan. Buruk baik Malaysia, inilah tanah dan air kita, tanah tempat darah kita tumpah, tempat tinggal mak, bapak, atok, nenek, adik, abang, kakak, saudara mara kita. Tempat kita hendak mulakan usaha kebangkitan dan usaha perbaikan masyarakat daripada level yang paling bawah.

Walaupun sakit hati macam mana sekalipun dengan pengguna-pengguna jalan raya di Malaysia, jangan pura-pura OK dengan diri sendiri bila kita menukar lane sambil potong barisan dan jangan lupa tunjuk muka manis sewaktu terperangkap dalam traffic jam.

Itulah cabarannya di Malaysia.






Cerita pemuda, buaya dan anak raja

9 07 2010

Salam 1 Malaysia.

Pernah dengar cerita tentang seorang pemuda, anak raja dan kolam yang penuh dengan buaya? Kononnya pada zaman dahulu ada seorang raja yang ada seorang puteri yang sungguh cantik dan ingin mengahwinkan puterinya itu. Dia pun mengadakan suatu pertandingan di kalangan rakyat jelata sebagai metod pemilihan bakal menantunya itu. Pertandingannya ialah seseorang itu terpaksa berenang merentasi sebuah kolam beberapa kilometer panjangnya yang penuh dengan buaya, jerung, sisa kumbahan toksik kimia dan segala macam unsur-unsur mission impossible. Khabarnya tak peduli anak raja tu cantik ibarat Miss Universe darab sepuluh sekalipun, tidak ada yang sanggup berenang merentasi kolam itu. Tiba-tiba ada seorang yang terjun dan berenang, bersilat dengan jerung dan buaya, lepas semua halangan-halangan dan dengan izin Allah selamat sampai ke tebing sebelah sana.

Maka orang ramai dan raja pun sangat impressed dengan kehandalan pemuda tersebut.

Tiba-tiba pemuda itu enggan menerima hadiah yang dijanjikan. Raja berasa sangat pelik dan ada juga elemen-elemen murka di situ.

“Habis tu apa yang engkau nak?” tanya sang raja kehairanan.

“Patik nak tau siapa yang tolak patik tadi?”,  pemuda tersebut menjawab dengan suatu lagi persoalan.

Mungkin ramai di kalangan kita yang sudah pernah dengar cerita ini.

Sebagai sebuah refleksi di saat aku tinggal cuma 3-4 hari untuk berada di bumi Russia ini, aku rasakan kehidupan aku sangat sama dan dengan jalan cerita itu.

Russia untuk belajar medicine? What a strange choice. Hakikatnya aku tak pernah fikir panjang pun untuk datang Russia dahulu. Boleh dikatakan keputusan yang diambil hanyalah sebab mengikut kawan-kawan dan senior-senior top scorer yang ramai-ramai buat rombongan belajar di Russia 7 tahun dahulu.

Tapi itulah hakikatnya. Perjalanan enam tahun di sini ibarat berenang di dalam kolam yang luas dan terpaksa bersilat dengan buaya, jerung dan segala sisa toksik kumbahan kimia sebelum sampai ke tebing. Kadang-kadang kita tidak faham dan tidak tahu kenapa kita membuat sesuatu keputusan itu. Dan kadang-kadang kalau bernasib baik Allah takdirkan kita untuk faham dan tahu kenapa kita berenang di dalam kolam itu semasa kita sudah berada di dalam kolam.

On a bigger scale, sebenarnya hidup ini juga ibarat terjun ke dalam kolam. Tidak ada orang yang boleh mengaku pernah ingat saat dia membuat keputusan sama ada hendak keluar atau stay di dalam rahim ibunya. Keluar-keluar sahaja kita sudah menjadi hamba Allah yang dijanjikan akan diuji dengan pelbagai bentuk ujian. (Al-Mulk:2)

Esok aku dah nak balik.

Perasaan aku bercampur baur sebenarnya. Excited, seronok, cuak, sedih. Semuanya datang silih berganti.

Excited sebab obviously nak balik kampung kot, siapa tak excited.

Seronok sebab yang sama di atas.

Cuak sebab inilah medan amal sebenar akan diuji. Beramal dengan fikrah yang selama ni dikaji secara teori sahaja dan beramal dengan ilmu perubatan yang selama ni habis-habis power pun cuma teruji ke atas pemeriksa-pemeriksa oral di dalam peperiksaan.

Sedih sebab walau bagaimanapun aku tidak berapa sukakan Russia, ini tempat yang Allah SWT sudah tulis sebagai tempat TERBAIK buat aku. Tempat aku jatuh dan bangun. Tempat di mana aku pernah menangis dalam jamban during the first week of arrival bila mengenangkan ya Allah, aku nak belajar kat sini enam tahun ke? Di sini juga tempat aku pernah dengar suara emakku menangis di hujung telefon sebab aku bagitau dia aku baru lepas makan dinner nasi dengan telur goreng dan kicap. Lepas tu aku berjanji dengan diri takkan call rumah unless aku baru lepas makan dinner lauk sedap-sedap. Di sini juga aku belajar ilmu hubungan sosial. Bagaimana nak berinteraksi dengan manusia lain secara matang dan bukannya secara syok sendiri. Di sini juga tempat belajar banyak bersabar dan kawal marah/kecewa dengan karenah orang-orang Russia yang aku namakan sebagai robot-robot komunis yang dah expired. Di sini juga tempat aku belajar dari kesilapan-kesilapan yang pernah dibuat. Aku bersyukur Russia tidak semewah negara-negara lain seperti UK (malah Malaysia). Kalau Allah takdirkan aku tercampak di tempat-tempat yang lebih selesa, belum tentu lagi dalam setiap kesusahan dan kepayahan aku akan cari Allah untuk mengadu. Dan yang paling penting di sini, setelah lebih kurang 20 tahun hidup kononnya mengaku Islam, out of all the places there could possibly be, di bumi tempat hidup robot-robot komunis yang expired ini Allah takdirkan aku bertemu dan belajar cara menjadi orang islam sebenar. Baru bertemu dan belajar, medan pembuktian amal masih jauh.

Hidup memang macam cerita pemuda dan kolam buaya. Dan untuk lepas, cuma ikut slogan Nike, just do it!!!

Insya Allah kalau diizinkan, tak lama lagi aku akan memasuki alam pekerjaan pula yang ceritanya lebih mencabar, lebih mengerikan dan lebih inhuman. Doakan kalau setiap kali aku mengeluh lepas nie, aku akan ingat cerita aku berenang bersama buaya-buaya soviet, slogan Just Do It dan kisah aku dan rakan-rakan beratur di depan kastam Russia selama 15 jam.

If we can make it in Russia, we can make it anywhere!!!

suasana sedih di depan hostel semasa menghantar batch pertama pelajar-pelajar JPA yang balik beramai-ramai








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.