Cerita pemuda, buaya dan anak raja

9 07 2010

Salam 1 Malaysia.

Pernah dengar cerita tentang seorang pemuda, anak raja dan kolam yang penuh dengan buaya? Kononnya pada zaman dahulu ada seorang raja yang ada seorang puteri yang sungguh cantik dan ingin mengahwinkan puterinya itu. Dia pun mengadakan suatu pertandingan di kalangan rakyat jelata sebagai metod pemilihan bakal menantunya itu. Pertandingannya ialah seseorang itu terpaksa berenang merentasi sebuah kolam beberapa kilometer panjangnya yang penuh dengan buaya, jerung, sisa kumbahan toksik kimia dan segala macam unsur-unsur mission impossible. Khabarnya tak peduli anak raja tu cantik ibarat Miss Universe darab sepuluh sekalipun, tidak ada yang sanggup berenang merentasi kolam itu. Tiba-tiba ada seorang yang terjun dan berenang, bersilat dengan jerung dan buaya, lepas semua halangan-halangan dan dengan izin Allah selamat sampai ke tebing sebelah sana.

Maka orang ramai dan raja pun sangat impressed dengan kehandalan pemuda tersebut.

Tiba-tiba pemuda itu enggan menerima hadiah yang dijanjikan. Raja berasa sangat pelik dan ada juga elemen-elemen murka di situ.

“Habis tu apa yang engkau nak?” tanya sang raja kehairanan.

“Patik nak tau siapa yang tolak patik tadi?”,  pemuda tersebut menjawab dengan suatu lagi persoalan.

Mungkin ramai di kalangan kita yang sudah pernah dengar cerita ini.

Sebagai sebuah refleksi di saat aku tinggal cuma 3-4 hari untuk berada di bumi Russia ini, aku rasakan kehidupan aku sangat sama dan dengan jalan cerita itu.

Russia untuk belajar medicine? What a strange choice. Hakikatnya aku tak pernah fikir panjang pun untuk datang Russia dahulu. Boleh dikatakan keputusan yang diambil hanyalah sebab mengikut kawan-kawan dan senior-senior top scorer yang ramai-ramai buat rombongan belajar di Russia 7 tahun dahulu.

Tapi itulah hakikatnya. Perjalanan enam tahun di sini ibarat berenang di dalam kolam yang luas dan terpaksa bersilat dengan buaya, jerung dan segala sisa toksik kumbahan kimia sebelum sampai ke tebing. Kadang-kadang kita tidak faham dan tidak tahu kenapa kita membuat sesuatu keputusan itu. Dan kadang-kadang kalau bernasib baik Allah takdirkan kita untuk faham dan tahu kenapa kita berenang di dalam kolam itu semasa kita sudah berada di dalam kolam.

On a bigger scale, sebenarnya hidup ini juga ibarat terjun ke dalam kolam. Tidak ada orang yang boleh mengaku pernah ingat saat dia membuat keputusan sama ada hendak keluar atau stay di dalam rahim ibunya. Keluar-keluar sahaja kita sudah menjadi hamba Allah yang dijanjikan akan diuji dengan pelbagai bentuk ujian. (Al-Mulk:2)

Esok aku dah nak balik.

Perasaan aku bercampur baur sebenarnya. Excited, seronok, cuak, sedih. Semuanya datang silih berganti.

Excited sebab obviously nak balik kampung kot, siapa tak excited.

Seronok sebab yang sama di atas.

Cuak sebab inilah medan amal sebenar akan diuji. Beramal dengan fikrah yang selama ni dikaji secara teori sahaja dan beramal dengan ilmu perubatan yang selama ni habis-habis power pun cuma teruji ke atas pemeriksa-pemeriksa oral di dalam peperiksaan.

Sedih sebab walau bagaimanapun aku tidak berapa sukakan Russia, ini tempat yang Allah SWT sudah tulis sebagai tempat TERBAIK buat aku. Tempat aku jatuh dan bangun. Tempat di mana aku pernah menangis dalam jamban during the first week of arrival bila mengenangkan ya Allah, aku nak belajar kat sini enam tahun ke? Di sini juga tempat aku pernah dengar suara emakku menangis di hujung telefon sebab aku bagitau dia aku baru lepas makan dinner nasi dengan telur goreng dan kicap. Lepas tu aku berjanji dengan diri takkan call rumah unless aku baru lepas makan dinner lauk sedap-sedap. Di sini juga aku belajar ilmu hubungan sosial. Bagaimana nak berinteraksi dengan manusia lain secara matang dan bukannya secara syok sendiri. Di sini juga tempat belajar banyak bersabar dan kawal marah/kecewa dengan karenah orang-orang Russia yang aku namakan sebagai robot-robot komunis yang dah expired. Di sini juga tempat aku belajar dari kesilapan-kesilapan yang pernah dibuat. Aku bersyukur Russia tidak semewah negara-negara lain seperti UK (malah Malaysia). Kalau Allah takdirkan aku tercampak di tempat-tempat yang lebih selesa, belum tentu lagi dalam setiap kesusahan dan kepayahan aku akan cari Allah untuk mengadu. Dan yang paling penting di sini, setelah lebih kurang 20 tahun hidup kononnya mengaku Islam, out of all the places there could possibly be, di bumi tempat hidup robot-robot komunis yang expired ini Allah takdirkan aku bertemu dan belajar cara menjadi orang islam sebenar. Baru bertemu dan belajar, medan pembuktian amal masih jauh.

Hidup memang macam cerita pemuda dan kolam buaya. Dan untuk lepas, cuma ikut slogan Nike, just do it!!!

Insya Allah kalau diizinkan, tak lama lagi aku akan memasuki alam pekerjaan pula yang ceritanya lebih mencabar, lebih mengerikan dan lebih inhuman. Doakan kalau setiap kali aku mengeluh lepas nie, aku akan ingat cerita aku berenang bersama buaya-buaya soviet, slogan Just Do It dan kisah aku dan rakan-rakan beratur di depan kastam Russia selama 15 jam.

If we can make it in Russia, we can make it anywhere!!!

suasana sedih di depan hostel semasa menghantar batch pertama pelajar-pelajar JPA yang balik beramai-ramai


Actions

Information

4 responses

11 07 2010
Kamal

tu dia. salam 1 malaysia siap. haha.

abah aku pernah kata, biar kita belajar susah, habis lambat dari rakan-rakan yang lain. pengalaman itu yang penting. apa yang hang dapat selama 6 tahun kat rusia, mungkin aku tak dapat di jerman. and vice versa. apa yg kita dapat kat luar negara, mungkin budak² yg kat malaysia tak dapat. and vice versa.

perjalanan masih jauh jika dibernarkan Allah. banyak lagi susah payah dalam hidup. kira 6 tahun tu sekejap sahaja dalam hidup kita. semoga kita semua tabah menghadapinya nanti. good luck untuk semua dude.

30 09 2010
drmuthiah

hrmm..inspiring betul + mengundang kenangan indah dan tak indah di bumi rusia…
tempat diri ditarbiyah oghe kato…

jzkk akh!

30 09 2010
Mohd Hazreen

waiyyaki. hmmm, memang boleh menangis kalau difikir2 apa yg dah dilalui di Russia. bak kata pepatah Melayu tempat bermain lagikan dikenang, apatah lagi tempat jatuh. russia tempat jatuh lagi tempat bermain2. huhu. memang bumi cinta betol. wallahualam.

2 10 2011
Pemuda berani

menarik juga….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.