Merawat penyakit masyarakat

9 08 2010

salam wrt .

salam 1Malaysia.

Melihatkan kepada pelbagai masalah yang melanda negara kita (buang bayi, jenayah tinggi, moral pemimpin dan sesetengah rakyat yang memalukan), sudah tentu kita mengharapkan suatu penyelesaian terhadap semua kemelut ini. Buat masa ini penyelesaian atau jalan keluar yang popular dan sering disogokkan kepada masyarakat adalah melalui jalan politik iaitu menukar kepimpinan negara melalui sistem demokrasi dengan harapan kerajaan baru yang akan dipilih nanti adalah lebih baik daripada yang sedia ada sekarang.

Walaupun penyelesaian ini adalah sangat popular, kita perlu melihat juga keadaan masyarakat dari mana terbitnya alternatif-alternatif penyelesaian politik tersebut. Jikalau keadaan masyarakat yang sudah sedia teruk dan berserabut, maka acuan yang membentuk peribadi-peribadi yang bakal mewarisi kepimpinan negara juga akan lebih kurang sahaja tak kira dari parti apa sekalipun. Contoh yang jelas boleh kita perhatikan di negara seperti Filipina. Walaupun setiap kali pilihanraya pemimpin dari parti pembangkang akan menggantikan kerajaan pemerintah (yang merupakan pembangkang sebelumnya) dengan janji-janji kepimpinan penuh integriti, sejarah telah membuktikan setiap pemimpin baru yang menggantikan itu tidak kurang teruknya daripada pemimpin sebelumnya.

Maka apakah jalan penyelesaiannya kalau penukaran kerajaan melalui proses demokrasi pun tidak menjamin jalan keluar yang diharapkan?

Kata pepatah mat salleh, Rome was not built within a day. Setiap jalan ke arah kehebatan pencapaian manusia memerlukan kepada strategi jangka panjang yang baik, perlaksanaan yang efisyen dan anggota-anggota masyarakat yang berkualiti. Sudah tentulah ini semua tidak boleh dicapai dengan penukaran kerajaan overnight. Cara terbaik adalah dengan mula mendidik masyarakat.

Sebelum mendidik masyarakat kita perlu tanya dulu dengan nilai apakah masyarakat kita hendak dididik? Adakah memiliki kekayaan dan pembangunan material itu merupakan suatu benchmark kepada pencapaian seseorang manusia? Jikalau itu yang menjadi matlamat kita, maka kita akan jadi manusia yang sangat rajin dan tekun bekerja untuk mencapai kekayaan tersebut dan setiap masalah atau gejala dalam masyarakat yang timbul cuma akan diubati secara symptomatic sahaja atau kudis yang nampak tidak cantik dan perlu disingkirkan segera. Ambil contoh terhadap gejala pembuangan bayi sekarang di mana pemimpin-pemimpin kita berlumba buat lawak cadangan siapa yang lagi bodoh daripada yang sebelumnya.

Manhaj tarbiyah terbaik untuk mendidik manusia atau building blocks kepada masyarakat yang diidam-idamkan ini sudah tentulah menerusi manhaj tarbawi yang berlandaskan Al Quran dan Sunnah di mana benchmark pencapaian manusia diukur menerusi taqwa kepada Allah SWT dan bukannya pencapaian material. Bila taqwa dijadikan matlamat ultimate setiap manusia, maka sudah tentulah masyarakat akan berlumba-lumba hendak berbuat kebaikan, tolong menolong antara satu sama lain, bersikap integiriti dan sudah tentu yang rajin bekerja juga kerana Islam melarang penganutnya menjadi orang malas yang menjadi beban kepada negara. Sudah tentu cara ini akan mengambil masa yang lama kerana bukan mudah menyediakan satu generasi yang boleh mengambil alih negara suatu hari nanti namun inilah satu-satunya jalan selamat dan terjamin keberkesanannya.

p/s: harap maaf sangat jarang update blog sekarang. Kalau di Russia dulu kebanyakan masa dihabiskan di atas meja study yang ada laptop, maka kecenderungan untuk gatal tangan update blog adalah lebih tinggi berbanding menggunakan komputer meja milik keluarga di rumah sekarang. tapi manusia memang suka bagi alasan. ish ish ish.

Salam ramadan al mubarak!!!








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.